Popular posts

Labels

Aedes (3) AIDS (2) Denggi (2) Disease (1) Gaya Hidup (1) H1N1 (1) Kesihatan (3)

About

website hit counter
Hit counter by www.website-hit-counters.com website.

Páginas

Páginas

Buscar

Entradas populares

Archive for May 2010

Lawatan Ke Kapit Sarawak

Friday, May 28, 2010
Kesempatan melawat ke kapit tidak saya lepas, apatah lagi ini merupakan kali pertama saya ke kapit Sarawak. Saya bertolak dari rumah jam 5.30 pagi ke Lapangan Terbang antarabangsa Kuching. Perasaan saya cukup berkobar kobar. Sampai di airport turus check in. Jam 7 pagi dengan menaiki maswing saya terbang ke Sibu.
Dari udara kelihatan padangan hijau yang meluas, cuma sayang kebanyakan adalah hutan dara. Kelihatan juga kawasan tanah yang baru diteroka. Ada juga yang baru ditanam dengan kelapa sawit. Dari udara juga kelihatan aliran sungai yang berselirat dan berliku liku. Ketika asyik menikmati pandangan udara muka bumi Sarawak, kedengaran pengumuman oleh ketua paramugara yang menyatakan kami akan mendarat sebentar lagi di Lapangan terbang Sibu. Kali ini pemandangan udara menjadi semakin jelas. Saya mengucap panjang dan memuji kebesaran ilahi. Cukup indah alam ciptaan tuhan ini.
Saya tiba di Sibu jam 8.00 pagi. Selepas keluar dari balai ketibaan saya duduk dibangku ruang legar lapangan terbang Sibu. Saya menunggu ketibaan rakan dari Kuala Lumpur. Sedang saya membaca surat khabar tiba saya disapa oleh seseorang. "En nak ke Tanjung Manis Ke "Saya terkejut dalam hati saya berkata "ada juga orang yang kenal saya di Sibu". " Ehh philip saya nak ke kapit". Rupanya kami sama sama hendak ke kapit bersama rombongan kawan yang saya tunggu. Memandangkan kawan saya akan sampai jam 10.30 pagi, maka kami kemudiannya pergi ke cafe untuk minum. Saya kemudiannya menelefon seoarang kawan di Sibu kerana saya minta pertolongan darinya menghantar saya ke jeti Sibu. Sambil minum kami bercerita tentang pilihanraya Sibu yang baru lalu, tentang kekalahan BN di Sibu. Macam macam cerita yang keluar dan kami dengar. Menurut kawan saya kekalahan BN di Sibu kerana rakyat tak puashati diatas kegagalan kerajaan menangani masalah banjir di Sibu. Sedang kami rancak bercerita terdengar pengumuman ketibaan penerbangan dari KL. Kami pun turun ke balai ketibaan menyambut kedatangan kawan saya dan rombongan seramai 6 orang. Setelah bersalaman kami mula berangkat ke jeti bot Sibu untuk ke Kapit. Bot kami atau ekspress kami ke Kapit adalah jam 12.30 tengah hari..
Di jeti seorang kawan telah menungu dengan tiket ekspress ke Kapit. Setelah mendapatkan tiket, kami bergegas mencari kedai makan yang dekatan memandangkan kami mempunyai masa yang amat terhad iaitu 30 minit. Lagi pun perjalanan dari Sibu ke Kapit mengambil masa selama 3 jam. Tepat jam 12.30 kami menaiki bot ekspress ke kapit. Bot ini dilengkapi dengan tempat duduk kelas pertama berharga RM 30 , Kelas Bisnes RM 25 dan kelas biasa. Kerusinya cukup selesa, berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV LCD. Tayangan CD sepanjang pelayaran menyebabkan penumpang tidak merasa bosan dan tidak sedar sudah sampai di distinasi yang dituju. Pergerakan bot juga laju tetapi tidak banyak gegaran . Kita seolah olah berada dalam kapal terbang yang sekali sekala melanggar awan tebal. Sepanjang perjalanan , kita dapat melihat pemandangan yang menarik dan deretan rumah panjang serta beberapa bangunan kerajaan seperti sekolah dan klinik kesihatan. Sekali sekala kelihatan tongkang membawa kayu balak, berselisih dengan bot- bot lain. Adakala kelihat bot bot kecil yang kelihatan belumba antara satu sama lain seperti aksi kejar mengejar dalam filem. Kami juga tak henti henti mengambil gambar pemandangan yang menarik di sepanjang sungai rajang sehingga tidak sedar kami dah sampai di jeti Kapit.
Saya sungguh gembira dapat memijatkan kaki di bumi kapit. Saya tidak melepaskan peluang melihat aktiviti yang berjalan di sungai rajang. Sungai rajang menjadi nadi utama pembangunan di Kapit. Semua barangan sama ada barangan runcit,makanan dan bahan binaan diangkut dari Sibu ke Kapit menggunakan jalan air.
Ketika tiba dijeti kami sempat melihat aktiviti pemungahan barangan dari kapal ke dalam lori. Kelihatan para pekerja memikul barangan menaiki tangga setinggi 2 bangunan ke pinggir jalan utama atau lori yang menanti. Peluh kelihatan memercik kemuka mereka. Kulit mereka terbakar oleh sinar matahari. Mereka berulang alik berkali kali mengangkat barangan ada yang kecil,ada yang besar. Kegigihan mereka bekerja, memerah keringat di bawah terik mentari; menyebabkan saya termanggu. Inilah erti kehidupan. Kepahitan dan kesengsaraan sering menghimpit kita tetapi jika kita tabah, gigih kita pati berjaya. Ia juga mengingatkan saya kepada pengorbanan ibu saya untuk menjadikan kami 5 beradik manusia. Ibu terpaksa mengusahakan kebun getah yang terletak 5 batu dari rumah dan kebun sawait. Ternyata ibu begitu tabah. Ternyata ibu gigih. Ternyata semangat ibu kental dan tidak mudah mengalah.
Di Jeti anggota kesihatan Kapit telah menanti kedatangan kami. Kami dibawa ke Hotel dan kemudiannya ke PKB Kapit. Setelah semua urusan kerja selesai, saya menyusuri deretan kedai di kapit. pasar basah, dataran dan jeti. Sungguh tak sangka nun jauh ditengah belantara terdapat sebuah pekan yang cukup menarik untuk dikunjungi. Lalu saya merasakan macam saya berada di "Lost World". Kedudukan kapit di tebing sungai rajang dan sedikit berbukit menjadikan susan pekan ini begitu menarik.