Popular posts

Labels

Aedes (3) AIDS (2) Denggi (2) Disease (1) Gaya Hidup (1) H1N1 (1) Kesihatan (3)

About

website hit counter
Hit counter by www.website-hit-counters.com website.

Páginas

Páginas

Buscar

Entradas populares

On Wednesday, June 9, 2010

AIDS Masalah Sosial Masyarakat Malaysia
AIDS iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit bukan sahaja merupakan penyakit berjangkit yang sehingga kini tidak mempunyai ubat tetapi juga merupakan penyakit sosial masyarakat yang kian membimbangkan. Bilangan pembawa HIV/AIDS terus meningkat dari tahun ke tahun kepada 87,710 pembawa HIV/AIDSS pada tahun 2008. Daripada jumlah tersebut 72 % adalah orang Islam dan 48 % di kalangan pembawaan HIV/AIDS merupakan golongan yang berumur di antara 14 hingga 29 tahun. Di samping bilangan pembawa HIV/AIDS di kalangan wanita juga terus meningkat daripada 9.5 % pada tahun 2000 kepada 20 % pada tahun 2009. Punca jangkitan HIV/AIDS juga telah berubah, jangkitan menerusi hubungan seks telah meningkat sebanyak 30 %.
Peningkatan bilangan pembawa HIV/AIDS dan perubahan pola jangkitan HIV, menunjukan kita berhadapan dengan masalah sosial yang membimbangkan khususnya di kalangan orang Islam. Kita berhadapan dengan masalah seks bebas yang kian meningkat. Masalah pengunjung pusat pelacuran haram yang meningkat dan masalah penagihan dadah. Peningkatan seks bebas dan penagihan dadah menunjukan pegangan keagamaan kita makin longgar, tanggungjawab sosial masyarakat juga makin hilang dan keruntuhan moral kita makin ketara..
Apa yang harus kita ingat ialah gaya hidup yang bebas ini akan mempengaruhi generasi muda yang lain sedangkan usaha untuk menangani masalah tersebut tidak banyak dijalankan..

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments