Popular posts

Labels

Aedes (3) AIDS (2) Denggi (2) Disease (1) Gaya Hidup (1) H1N1 (1) Kesihatan (3)

About

website hit counter
Hit counter by www.website-hit-counters.com website.

Páginas

Páginas

Buscar

Entradas populares

Archive for 2009

Demam Denggi

Monday, November 9, 2009


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejalaDemam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

RawatanRawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

EpidemiologiWabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.
Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.
Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.
Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.

Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.


Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
1.Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2.Bintik merah pada kulit
3.Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4.Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5.Hilang selera makan
6.Muntah-muntah
7.Sakit perut
8.Rasa pahit pada lidah
Bagaimana demam denggi berjangkit
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Influenza A H1N1

Tuesday, September 22, 2009
Selesema babi ((H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Pengelasan

Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A.[3]
Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,H1N2,H3N1, H3N2, and H2N3.
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.

Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptom

Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Pathofisiologi

Virus influenza mengikat melalui hemagglutinin pada gula asid sialik pada permukaan sel epithelial; biasanya pada hidung, tekak dan paru-paru mamalia dan usus kecil pada burung (Tahap 1 pada rajah jangkitan).

Selesema babi pada manusia

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa.Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.
Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.[24] Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.

Sejarah

Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.
Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.

Laporan WHO 2009

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.

Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)

Senaman Asas kesihatan

Tuesday, July 28, 2009


Senaman asas kesihatan, walau sesibuk manapun kita marilah kita bersenaman. Luangkan masa kita untuk bersenam. Kita tidak perlu kasut yang mahal atau dewan serta kemudahan yang canggih untuk bersenam. Kita hanya perlukan kemahuan dan keinginan. Jika kita tiada masa untuk bersenam ikutlah amalan berikut:-

  1. Jika kita mempunyai kereta, marilah kita cuci sendiri kereta kita, bawa anak-anak sekali. Semasa mencuci banyak pergerakan fizikal yang kita lakukan antaranya tunduk, berdiri, mengosok atau mengelap.

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Monday, June 8, 2009
Adakah gaya hidup kita sihat? atau kita benar-benar sihat. Kita juga terdedah dengan belbagai produk yang berkaitan dengan kesihatan. Ada yang melangsingkan badan. Ada yang menambah kecantikan atau awet muda, Ada yang menambah kekuatan dan macam macam macam lagi. Ada kala kita terpedaya atau tertipu. wang kita habis tapi hasilnya tak seberapa atau tak ke mana. Malah ada yang mengalami komplikasi kesihatan. Persoalannya benarkah kita memerlukan semua produk tersebut atau kita hanya perlu mengamalkan cara hidup sihat untuk kelihatan ceria dan sihat. Gaya hidup sihat ialah kita mengamalkan tingkahlaku yang positif dari sudut kesihatan bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Antara amalan gaya hidup sihat ialah sentiasa bersenam, makan secara sihat berpandukan piramid makanan, tidak merokok, tidak minum alkohol atau arak, menjauhi najis dadah, kekalkan berat badan unggul, bijak menangani tekanan atau stres dan jauhi seks bebas.

Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat?. kajian yang dijalankan oleh Kementerian kesihatan Malaysia, dewasa kini penyakit yang berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat telah meningkat dan menjadi punca utama kematian. Contohnya HIV/AIDS pada tahun 1986 cuma ada satu kes di Malaysia tapi pada hari ini terdapat kira-kira 86,000 pembawa HIV/AIDS di Malaysia. Hampir 4 juta penduduk dunia mati akibat rokok. Hari ini kanser menjadi penyebab nombor satu kematian didunia dan di Malaysia. Kebanyakan pesakit kanser adalah mereka yang merokok.

Begitu juga penyakit darah tinggi, kencing manis atau diabetis, sakit jantung terus meningkat. penyakit penyakit ini adalah penyakit kronik yang tiada harapan untuk sembuh. Rawatan yang kita terima pada hari ini bukanlah untuk menyembuhkan penyakit tersebut tetapi kita mengawal penyakit tersebut dari menjadi lebih teruk atau untuk mengekalkan taraf kita kesihatan agar kita dapat menjalani kehidupan dengan baik. Apa bila kita gagal mengambil langkah pencegahan atau tidak mematuhi rawatan yang diberikan penyakit tersebut akan menyebabkan komplikasi yang teruk. Misalnya pesakit diabetis atau kencing manis jika tidak mematuhi rawatan dan mengawal pemakanan akan menyebabkan komplikasi kerosakan buah pinggang, kebutaan dan mati anggota badan. Malahan ada yang terpaksa dipotong berkali kali kaki mereka. Manakala penyakit darah tinggi jika mematuhi rawatan atau makan ubat dan mengawal pemakanan akan menyebabkan serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang. Dengan kata lain kita akan bergantung kepada rawatan sehingga kita meninggal dunia

Persoalannya adakah kita sanggup makan ubat sepanjang hayat kita. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, mereka terpaksa bergantung kepada rawatan hemodialisis iaitu 3 kali seminggu. Kos rawatan dialisis bagi setiap sesi di pusat hemodialisis swasta ialah antara RM 150.00 hingga RM 300.00. Dalam sebulan pesakit buah pinggang memerlukan kos rawatan antara RM 2,500.00 hingga RM 3,000.00. ini tidak termasuk perbelanjaan perubatan dan tambang perjalanan. Manakala untuk mendapatkan penderma buah pinggang bukan lah mudah dan pastinya kosnya juga adalah tinggi. Mampukah kita menanggung kos rawatan tersebut dan mengapa kita harus menderita seumur hidup sedangkan kita mampu mengubahnya. Marilah kita amalkan gaya hidup yang sihat. Marilah kita mulakan hidup kita dengan bersenam, makan secara sihat, tangani stres dengan bijak, tidak merokok dan jauhi seks bebas.

Bertindak bijak dan tepat amalkan gaya hidup sihat