Popular posts

Labels

Aedes (3) AIDS (2) Denggi (2) Disease (1) Gaya Hidup (1) H1N1 (1) Kesihatan (3)

About

website hit counter
Hit counter by www.website-hit-counters.com website.

Páginas

Páginas

Buscar

Entradas populares

Archive for July 2010

Kesihatan bukan keutamaan kita

Saturday, July 17, 2010
Semasa menyertai program Jom Ganyang Aedes Peringkat Negeri Sarawak, di Sibu pada 15 Julai 2010, saya begitu tersentuh dengan sikap masyarakat kita yang tidak begitu mengutamakan kesihatan mereka.Walaupun kawasan mereka telah dilanda wabak denggi dan telah ada dikalangan mereka yang mati akibat dengan, ianya macam tiada memberi kesedaran kepada mereka. Mereka juga tak rasa itu suatu masalah kepada mereka. Biarpun telah diberikan pendidikan kesihatan agar menjaga kebersihan rumah, kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat pembakan nyamuk aedes ianya macam mencurah air di daun keladi aje. Malah masa gotong royong dijalankan makin banyak kontena, botol dan bekas yang menakung air bertaburan dikawasan rumah mereka. Mereka juga tidak mahu ikut serta dalam gotong royong yang dijalankan walaupun dipujuk oleh YB Menteri. Mereka tengok aje peserta gotong royong kutip sampah.

Bagi mereka tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab majlis daerah dan yang menjaga kesihatan adalah Jabatan Kesihatan. Tanggungjawab mereka ialah buang sampah supaya majlis daerah ada kerja. Tanggungjawab mereka dedahkan diri kepada penyakit jika tidak nanti orang kesihatan tiada kerja. ya lah kalu kawasan dah bersih macam mana orang Majlis daerah nak ambil sampah. Klu tidak yang sakit siapa pula doktor nak rawat. klu tiada pencuri nanti polis tiada kerja. Klu tiada kemalangan jalan raya nanti workshop tiada kerja.

Inilah sikap masyarakat kita. Sikap tak apa, Sikap sambil lewa. Sikap tak peduli dan sikap tidak bertanggungjawab.Sampai bila agaknya masyarakat kita akan begitu. Sampai bila agaknya akan ada masyarakat yang mengutamakan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kepada masayarakat malaysia sudah sampai masanya kita berubah. Marilah kita transformasi diri kita atau dalam islam marilah kita melakukan "hijrah"

Luang Masa Anda Selama 10 Minit

Monday, July 12, 2010
Luangkan masa anda selama 10 minit seminggu untuk memeriksa dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah dan di luar rumah. Marilah kita jadikan rumah kita bebas dari aedes dan keluarga kita bebas dari denggi. Nyamuk Aedes adalah pengigit maut kerana demam denggi boleh menyebabkan kematian di kalangan pesakit denggi jika ianya lewat dirawati.

Hidup Ceria Tanpa Aedes dan Denggi. Jom Ganyang Aedes kerana kesihatan hari esok bermula hari ini. Sehari sebuah tin lama lama akan jadi sarang pembiakan denggi

Mengapa kita sakit

Wednesday, July 7, 2010
Saya tertarik dengan satu ceramah gaya hidup sihat yang menyatakan kita sakit disebabkan oleh 2 faktor tingkahlaku dan bukan tingkahlaku. Tingkalaku kita merokok menyebabkan kita mendapat kanser, mati pucuk dan tidak subur. Tingkahlaku kita yang tidak bersenam menyebabkan kita obes, darah tinggi, strok, diabetis dan buah pinggang. Amalan seks bebas menyebabkan kita dapat HIV AIDS, penyakit kelamin dan STD. Tingkahlaku kita tidak menjaya kebersihan pesekitaran menyebabkan kita dijangkiti demam denggi, keracunan makanan , kolera, kudis buta, kutu, kurap, kayap dan demam kepialu. Dengan kata lain yang menyebabkan kita sakit adalah amalan tingkahlaku kita sendiri.

JOM PERANGI DENGGI

Tuesday, July 6, 2010
Demam Denggi telah menjadi masalah sosial masyarakat di Malaysia. Saban hari kita terbaca di dada-dada akhbar tentang peningkatan kes dengi dan kematian akibat demam denggi.Ianya seolah olah tidak dapat diatasi atau diselesaikan atau dengan kata lain tidak terkawal, walaupun berbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya teringat pernah satu ketika kerajaan melancarkan program 2A iaitu Perangi Aedes dan AIDS. Kemudian muncul pula Combi dan gotong royong perdana. Sekarang kedengaran Kementerian Kesihatan akan mengadakan Jom Ganyang Aedes di seluruh negara.

Persolannya apakah punca sebenar demam denggi ini sukar dikawal walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Di manakah silapnya kempen yang kerajaan jalankan sama ada oleh Kementerian Kesihatan atau Kerajaan Tempatan. Makin pintarkah nyamuk aedes sehingga semua usaha kerajaan berjaya digagalkan,malah makin berjaya meningkatkan jumlah mangsa gigitannya.

Jika kita lihat kebanyakkan masalah penyakit adalah berpunca dari masalah tingkahlaku kita sendiri. Mengapa demam denggi merebak.Jawapnya mudah aje sebab amalan kita membuang sampah merata-rata,menternak jentik jentik dalam bekas bunga yang harganya beribu di dalam rumah kita. Kita sayang nak bunuh jentik jentik yang terdapat dalam kolam dirumah kita. Kita juga sayang nak musnahkan tempat pembiakan mereka. Malahan kita rela dikenakan kompaun atau denda oleh KKM atau Kerajaan Tempatan. Kita tak sayang duit untuk bayar denda dari beli abete atau racun pembunuh jentik jentik. Sifat penyayang inilah yang menyebabkan demam denggi merebak.

Oleh itu Kementerian atau kerajaan tempatan seharusnya menumpukan kepada usaha untuk mengubah tingkahlaku dan mentaliti masyarakat. Selagi tingkahlaku masyarakat tidak berubah untuk memerangi denggi buatlah apa sahaja hasilnya belum pasti. Gotong royong.. siapa yang datang ke gotong royong yang dianjurkan. Adakah orang kampung atau yang datang adalah anggota dari Jabatan atau agensi yang terlibat. atau dari Institusi Pengajian tinggi atau murid sekolah. Atau ramai yang datang tapi jadi mandor aje setakat tunjuk batang hidung lepas YB balik kita semua bersurai.

Rasanya sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan meningkatkan aktiviti yang meningkatkan kesedaran dan mengubah tingkahlaku masyarakat;menguatkuasakan polisi dan mengerakkan masyarakat. Kementerian Kesihatan perlu menjalankan aktiviti yang mentransformasikan masyarakat sesuai dengan saranan PM untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang sihat dan ceria bebas dari penyakit.